Cahaya mata ke-4
Muhammad Akil Hazim
Setelah sekian lama blog ini ku tinggalkan sepi kerana kekangan masa dan tuntutan tanggungjawab sbg pendidik, ibu dan jg isteri...baru kali ini dapat kembali mencuri masa menulis di sini. Itu pun kerana masih dlm cuti berpantang.
Entry kali ni pun ttg kelahiran cahaya hidup ku yg ke-4 ini. Aku berikan nama hero kedua ku ini Muhammad Akil Hazim. Akil bermaksud tegas dlm pendirian dan Hazim bermaksud bijaksana. Itulah jua doa ku untuknye. Moga dia menjadi seorang anak yg bijaksana dan tegas dlm membuat keputusan dlm hidupnyer.
Harapan ku dia akan menjadi imam ketiga dlm keluarga kami. Tegas dalam memperjuangkan agama islam dan penyejuk hati.
Semasa mengandungkn akil...naluri ku kuat mengatakan baby di dlm perut ni llki. Walaupun scan tk nampak...Lagi pun aku mmg mengharapkn llki supaya anak ke-3 ku ader kwn. Lebih2 lg aku sudah dikurniakan 2 org cahayamata perempuan. Biarlah yg ini llki...alhamdulillah...allah makbulkan segala doa dan permintaan ku. Sekarang aku ader 2 org perempuan dan 2 llki.
Banyak dugaan ketika mengandungkn dan melahirkan akil. Sementelah usia ku dh menjangkau 38 tahun dan jarak antara akil dan abangnyer 7 tahun...menyebabkn aku kurang bermaya dan semasa melahirkn akil aku tumpah darah sbyk 700ml Melebihi jumlah normal org yg bersalin. Ini menyebabkn aku terpaksa ditahan didlm labour room utk diobserve oleh doctor. Proses bersalin jg agak sukar kalau nk dibandingkn dgn ke tiga2 anak ku. Akil dilahirkn dgn berat 3.3 kg setelah hampir 1 jam lebih aku berhempas pulas menahan kesakitan utk melahirkan nyer. Subhanallah...inilah kesakitan yg sukar utk aku gambarkn dgn kata2.
Ketika ntry ni aku tulis...aku masih dlm pantang dan akil baru berusia 38 hari. Alhamdulillah...Akil penyejuk hati mama penghibur hati kakak dan abang jg pengerat kasih sayang mama dan papa.
Muhammad Akil Hazim lahir pada hari Khamis 26 Februari 2015 bersamaan 7 jamadilawal 1436h pada pukul 5.30 ptg.
Gambar terakhir ni adalah gambar semasa akil baru lahir. Masih dlm labour room. Mama pun belum tengok lg masa ni...Gambar ni adik ipar yg ambil sbb dia yg teman masa dlm labour room dan dia jg yg byk bg semangat masa tengah berperang nk kuarkn akil. Kebetulan adik ipar mmg keje nurse kt HTAR bahagian wad besalin dan kebetulan jg dia baru jer abis shif pagi.
Terima kasih byk2 untuk adik ipar ku yg byk menolong.
No comments:
Post a Comment