My lovely girl Nur Hanisah Afiqah n Nur Qistina Farzana

My lovely girl Nur Hanisah Afiqah n Nur Qistina Farzana
kasih ku tumpah untukmu tanpa sempadan dan ukuran. Pada mu kasihku tumpah jua, pada mu ku doakan agar kau jadi seorang muslimah sejati, pembimbing dan contoh pada adik-adik. Doaku sentiasa mengiringi perjalanan. Restuku bersama mu disepanjang hidup...

Sunday, October 20, 2019

Ahad 20 oktober 2019
23:37pm

Bismillahirahmannirrahim...
Yang baik itu dari allah dan yang kurang itu dari kelemahan diri ini.

Terlalu lama blog ni sunyi tanpa nukilan rasa mahu pun perkongsian. Seperti segalanya hilang dibawa masa.

Ketika ini berbagai rasa dan perasaan bergaul menjadi satu yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Sudah hampir 7 tahun arwah abah pergi meninggalkan kami. Abah pergi pada 19 November 2012 hari isnin. Seminggu arwah abah di hospital dan setiap hari akulah yang menjaganya pada waktu siang semasa di hospital. Hari Ahad adalah hari terakhir aku menjaga abah. Isnin abah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya.

Tiada bakti yang dapat aku curahkan untuknya lagi. Tiada lagi tangan kasarnya untuk aku cium. Tiada lagi panggilan hana untuk aku kerana abah sahaja yang memanggilku dengan panggilan nama itu.

Tertutup sudah satu pintu syurga untukku.