My lovely girl Nur Hanisah Afiqah n Nur Qistina Farzana

My lovely girl Nur Hanisah Afiqah n Nur Qistina Farzana
kasih ku tumpah untukmu tanpa sempadan dan ukuran. Pada mu kasihku tumpah jua, pada mu ku doakan agar kau jadi seorang muslimah sejati, pembimbing dan contoh pada adik-adik. Doaku sentiasa mengiringi perjalanan. Restuku bersama mu disepanjang hidup...

Thursday, October 18, 2012

Nur Hanisah Afiqah

Add caption
selembut bayu...
setulus kasih...
semanis madu...
buat mu permata hati ku...tiada kata yg dapat ku garapkan...
Add caption
betapa aku sayang pada mu...









Nisya....panggilan manja for my first daughter. 16 Jun 2002 adalah hari yg membahagiakan kerana bermula saat tu aku bergelar ibu. Nisya seorang yang agak pendiam dan suka memendam rasa. Jarang sekali dia suarakan apa yang terbuku di hati. Dia lebih suka menjadi pemerhati. Suka melukis dan membaca buku-buku komik dan novel kanak-kanak. Setiap kali aku membawanya ke kedai buku atau pesta buku dia akan memilih buku yg berkaitan masakan dan novel seusianye. Kadang-kadang dia ingin membantu ku di dapur...tapi aku jarang membenarkannye kerana usia terlalu mentah untuk membantu ku. Nisya sukar untuk meluahkan rasa dan cerita. sifatnye itu agak membimbangkan diriku...lebih-lebih lagi dengan zaman yang mencabar. Bimbang aku tidak mampu jadi ibu yang baik untuknye...bimbang aku tidak mampu membimbingnye dan aku bimbang andai aku tidak mampu beri yang terbaik untuk permata hati ku ini....

Terlalu banyak yang ingin aku lakukan untuknye....kadang-kadang aku rasakan aku seperti terlalu keras membimbing. Nisya tidak pernah membantah setiap keputusan yang aku tentukan untuknye. Walaupun kadang-kadang aku bertanye kepadanye dahulu.




Aku belajar untuk menjadi ibu yang perfect untuk mereke. Dan aku belajar dari kesilapan yang aku lakukan. Moga Allah swt memberiku jalan yang mudah untuk menjadi ibu dan pembimbing kepada permata hatiku.









No comments:

Post a Comment