ABAH
Setelah sekian lama blog ini ditinggalkan sepi. Entry kali ni jg ttg abah yg telah lama pergi. Aku rasa sgt rindu pada abah. Terasa sgt menusuk di hati tatkala aku renung baju abah yg kusimpan. Baju itulah kali terakhir abah pakai semasa aku menyambutnya di pintu hospital. Kali terakhir aku dapat menjaga dan menatap wajah abah. Masih terbayang2 di kotak fikiran ku saat aku menguruskan abah di hospital. Segalanya masih segar....
Abah...terlalu byk yang ingin aku ungkapkan. Segala pengorbanan abah membesarkan aku tk dapat aku balas.
Sudah tidak ada lg insan yg ingin ku panggil 'abah'
Sudah tidak ada lg tgn abah yg ingin ku cium setiap kali aku pulang ke kampung. Sudah tidak ada lagi cerita lucu ttg abah yg ingin dikongsi oleh emak ttg abah dan sudah tidak ada lg suara abah memanggil nama ku...