Teruknya kita andai hidup kita tak dapat memberi manfaat apa-apa pun kepada orang lain.
kerana...kemahuan berkait rapat dengan kesanggupan. Jangan disibukkan andai diri tak dihargai. Kemahuan yang disertakan dengan kesanggupan yang cukup kuat pasti membuahkan sesuatu yang manis.
Hadapi apa yang ditakuti andai ia memberi manfaat kepada kita. Suatu hari ketakutan tersebut pasti akan menjadi sesuatu yang biasa bukan lagi satu ketakutan. Hadapi ketakutan dengan BERANI.
Tak mungkin kita dapat hasil yang berbeza jika kita orang yang sama yang tidak berubah...
Mulakan hari dengan umul kitab...mulakan dgn langkah kanan moga ceria hari ini terus meriah. Sentiasa berfikiran positif dan terus positif walaupun ada batu kerikil menusuk tajam kekaki. Itulah dugaan dunia...
My lovely girl Nur Hanisah Afiqah n Nur Qistina Farzana
Friday, January 25, 2013
Tuesday, January 1, 2013
cinta dan kasih sayang
Andai orang bertanya siapakah yang paling di cintai dan disayangi dlm hidup ini....yang pasti Allah swt berada di tempat yang teratas. Kerana cintaNya adalah kekal abadi. MAK dan ABAH berada di tempat kedua...seterusnya anak-anak permata hatiku...adik-adikku dan suami berada di tempat terakhir dlm senarai cinta dan sayangku. MAK dan ABAH adalah insan yang paling aku sayangi dalam dunia ini selain anak-anak permata hatiku. Saat aku kehilangan abah, aku menahan air mata ini dari jatuh tp hanya Allah swt yang tahu betapa hati ini terlalu pilu menghadapi ujian itu. Tubir mata ku sentiasa digenangi air...subhanallah...aku bukan tidak redha dengan ujian ini tp hati terlalu walang menghadapinya. Aku sering kepiluan di dalam ruang solat di rumah kami. Hanya di situ sahaja tempat aku meluahkan rasa di hati. Aku lindungi lara ini kerana aku perlu lebih kuat dari adik-adik ku. Pernah suatu ketika aku menangis ketika memandu pulang dari tempat kerja kerana terasa abah menyapa di mindaku...dan saat itu anak kedua ku berada bersama. Subhanallah lemahnya aku rasa tika itu. Anak kecil ku menjadi saksi kepada kelemahan jiwa ku saat itu. Aku tak mampu membendung terlalu lama rupanya air ditubir mata ini. Al-fatihah menjadi pengubat rindu ku pada Abah. Hanya itu sahaja yang mampu ku berikan padanya tanda kasih sayang ku pada ABAH tika ini. Sebenarnya banyak ralat di hati ku. Masih banyak lagi pengorbanan abah yang tak mampu ku bayar dan aku lunaskan. Ralatnya hati ini....dalam setiap doa ku pohon moga ALLAH SWT memberiku peluang yang masih bersisa ini buat mak. MAK adalah segala-galanya buatku kini. Mampukah aku membahagiakan Mak nanti. Tegakah aku menghadapi mak yang kesepian tanpa teman. Andai aku mampu mengatur segalanya, pasti mak tak akan sendirian menghadapi saat-saat sukar tika ini. Walau pun aku tahu mak tabah menghadapinya. Terima kasih buat adik kedua bongsu ku kerana menemani mak tika ini. Cuma yang agak membimbangkan aku andai adik ku itu kembali menyambung pelajarannya kelak. Siapakah yang bakal menghilangkan sunyi mak...siapakah yang akan menghiasi hari mak dengan tawa dan senyum dan siapakah yang akan menceriakan hari-hari mak dengan cerita kosongnya....Ya ALLAH berilah aku jalan dan petunjuk dalam menghadapi ujian hidup ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)