Mulakan hari dengan umul kitab...mulakan dgn langkah kanan moga ceria hari ini terus meriah. Sentiasa berfikiran positif dan terus positif walaupun ada batu kerikil menusuk tajam kekaki. Itulah dugaan dunia...
My lovely girl Nur Hanisah Afiqah n Nur Qistina Farzana
Thursday, November 21, 2013
Sunday, November 3, 2013
Genap 10 tahun Nur Qistina Farzana
3 November 2013...Genap ari ni Tina 10 tahun. Anak ke-2 ku yang sgt ceria dan manja. Encik suami selalu kata anak ke-2 kami ni "kanak2 riang". Ini disbbkn dia tk pernah kisah ttg sifat feminin yg perlu ada bg kanak2 perempuan
Birthday girl pilih nk sambut birthday kt pizza hut jek ari ni...ikutkn aje sbb ari special dia kannn...
Semalam dh gi mkn chinese food just utk entertain anak2 sbb cuti depavali so ari ni dia pilih fast food
Tuesday, October 29, 2013
Luahan Rasa Seorang Kakak
Rasanye dh terlalu lame tidak mencoret dan meluahkan rasa di blog. Kekangan waktu menyebabkan aku lupekn seketika hasrat untuk mencurah rasa. Walaupun ade sesuatu yg sgt2 aku ingin kongsikan di sini. Rasa yg buat aku sgt2 terkilan dan seperti ade rasa satu kekecewaan pada diri sendiri sbb tk mampu membantu. Sedih sekaligus terasa hampa menjerat rasa. Apa yg mampu hanya menyimpan rasa.
September yg lalu adalah bulan permulaan bg student degree utk mendaftar diri bg yg dpt menyambung semula pengajian mereka slps beberapa bulan menghabiskan peringkat diploma. Adik Wawa adalah salah satu student yg layak untuk meneruskan pengajian ke peringkat tersebut.
Dia pasrah untuk tidak menyambung pengajian kerana sbb2 yg aku tahu dan aku sgt pasti. Alasan yg sama pernah aku buat tatkala aku masih belajar dulu...pedihnye tatkala terpaksa mengorbankan hasrat dan cita2 hanya Allah yg tahu. Aku tahu pengorbanan adik Wawa kali ini tk mampu aku lakukan ape2. Aku hanya mampu mengalirkn air mata...
Aku ingin jadi ANAK yg terbaik untuk mak
Aku ingin jadi ADIK yg terbaik untuk kakak dan abang
Aku ingin jadi KAKAK yg terbaik untuk adik2
Aku ingin jadi IBU yg terbaik untuk anak2 ku dan...
Aku ingin jadi ISTERI yg terbaik untuk suami
Kalau boleh aku nk jd yg terbaik untuk semua org. Apalah erti hidup andai tk mampu memberi manfaat kepada orang lain
Wednesday, August 14, 2013
8 SYAWAL 2013
Alhamdulillah sudah 8 Syawal. Ini bermakna sudah 8 hari Ramadhan di tinggalkan. 1 SYAWAL yang lalu kami semua sambut bersama di rumah mak. Sembilan beradik berkumpul. Meriah rumah mak dgn cucu-cucunya seramai 16 orang. Mak Usu adik bongsu mak mmg setiap tahun beraya bersama kami di rumah mak.
Tahun ni sangat berbeza dari tahun2 yg lalu sbb inilah tahun pertama kami beraya tanpa abah dan embah edok. Tahun pertama tgn tua abah tk dpt kuselami dan kucium pipinya. Hanya pusara abah kami kunjungi di pagi raya. Embah edok pula telah kembali kerahmatullah beberapa hari sebelum bulan ramadhan tahun ni.
Rumah mak kian sunyi. Kalau dulu tak sempat nk berkunjung kerumah saudara mara sbb masing2 dh serbu rumah mak dulu. Sampai tk menang tangan melayan tetamu. Sekarang sgt berbeza bila yang tua dah tiada.
Sekarang giliran kami generasi muda pergi berkunjung ke rumah yang tua dulu.
Kami sembilan beradik
Keluarga bahagia kami
Family mak su idah
Along n Wife
kak ita n wak saiful
kak gee dan keluarga besonye
Hafis n anak emasnye Zara
Najib n 2 1/2 anak lam perot lom nk kuar tunggu ari
Tiga dara pingitan
enam orang anak dara mak yg dulu tu...hehehe
tiga kerat jek laki kami semua bahagia bersama

Wednesday, May 15, 2013
SEIRAS ABAH
Dengan lafaz bismillah....coretan kali ini mengimbau kembali kepada wajah abah yang tiba-tiba hadir sekilas dlm ingatan. Walau pun sebenarnya memori ttg abah tetap kukuh di lipatan hidupku. Aku cuba untuk menjadi anak yang terbaik buat keduanya.
Ketika aku mencoretkan nukilan ini peristiwa tersebut sudah berlalu beberapa minggu. Pagi Ahad aku dan anak-anak mmg bercadang untuk keluar sementelah kami bercadang untuk melihat pameran DILOMA SHOW final year adik Wawa di Museum Textile KL dan juga ke pesta buku antarabangsa di PWTC.
Sebelum ke tempat yang di tuju kami bercadang untuk bersarapan di gerai Lontong Klang Pasar Jawa.
Sesampai saja di sana aku terus masuk ke dalam untuk mencari tempat yang sesuai. Sewaktu duduk tiba-tiba aku terpandang seseorang yang sangat aku kenali. Dan dia adalah satu-satunya adik lelaki arwah abah yang masih ada. Aku terkesima seketika....rasa rindu dan sayu bercampur baur dlm diri. Wajahnya saling tak tumpah wajah abah. Aku merapatinya lalu menyelami tangannya. Aku cium tgnnya...saat itu hanya Allah yang tahu rasa ini....aku berlalu untuk melindungi rasa yang ada dan terus ke kaunter untuk mengambil lontong yang tersedia.
Kembali ke meja makan...mereka masih di sebelah meja kami. Sebelum mereka berlalu acik Ramli ke meja kami dan saat itu aku tak mampu lagi melindungi rasa yang ada di hati. Air mata akhirnya menjadi saksi betapa aku terlalu rindu pada abah. Dan anak-anak melihat situasi ini....suami juga menyedarinya. Tapi tanpa kata....bimbang empangan ini akan terus mengalir dan menghilangkan mood hujung minggu kami...
KEHILANGAN YANG TIADA GALANG GANTINYA....Bukan meratapi sekadar meluah rasa yang tak mampu aku huraikan.
Hanya tinggal mak sebagai salah satu RAHMAT hidup ku...Pohon ku pada mu Ilahi...berilah aku kesempatan untuk menghargai dan menyayanginya..
Tuesday, April 9, 2013
SEUSIA MENAPAK KE DEWASAAN
Sedar atau tidak masa tidak pernah menunggu walau sesaat pun.
Ruginya kita andai masa yang diberikan oleh Allah swt tidak dimanfaatkan sebaik mungkin.
Orang kaya atau miskin, tua atau muda sekali pun...masa yang ada tetap sama. Tidak pernah kurang walau sedetik pun. Masa sentiasa menghambat manusia. Yang sedar akan kewujudannya pasti rasa satu kerugiaan andai masa yang berlalu tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Tapi bagi yang leka dan lalai akan kewujudan masa pasti tidak kisah hari tersebut telah pun berlalu dengan begitu sia-sia...
Menapak ke usia ini banyak menyedarkan diri ini...masa lalu yang menghambat sejuta nostalgia...kekadang orang berkata...jangan ditoleh dan diingat masa yang telah berlalu pergi...yang pergi biarkan berlalu pergi....ukirlah sejarah baru dengan lebih bahagia...Jadikan pengajaran dan pedoman.
Masa sering menjadi kayu pengukur kepada kita yang sering kealpaan ini...
Menganjak keusia ini...menjadikan aku lebih bimbang...di manakah duduk letaknya aku di sisi Allah...
Hingga saat ini aku masih berdoa moga IMAM yang kau jodohkan untuk ku mampu menjadi tempat yang mendamaikan untuk aku dan permata hati.
Permata hati ku yang pertama sudah menjadi seorang anak gadis...
Doa ku sentiasa mengiringi perjalanan hidupnya...Tiada bekal yang mampu aku berikan padanya selain ilmu yang bermanfaat buatnya di dunia dan akhirat.

Friday, March 15, 2013
coretan rindu ku
Rasanya sudah agak lama aku tidak mencoret rasa di blog. Seperti ada semangat yang telah hilang tatkala ini. Namun harus ku gagahkan jua demi tuntutan hidup.
Sudah 2 minggu mak kesunyian tanpa adik ema. Tiada lagi anak manja mak yang akan selalu tidur di bawah ketiak mak, tiada lagi anak manja yang selalu mencium dan merengek di sisi mak....itulah adik ema.
Ketika aku menghantarnya ke Kelantan utk menyambung study di sana...hati ini seperti di sagat pilu. Entah kenapa rasa ini sangat berbeza tatkala arwah abah masih ada bersama kami....jauhnya dia di perantauan sangat memilukan aku sebagai kakak. Lebih-lebih lagi adik ema akan bersendirian di sana apabila adik bongsu ku wawa akan menghabiskan studynya di tempat yang sama tak lama lagi.
Sejak abah pergi meninggalkan kami....aku seperti kehilangan satu semangat. Yang pastinya hidupku terasa kekosongan. Janji ku tak dapat ku tunaikan sebagai anak. Sehingga saat ini aku masih terbayang-bayang saat aku di sisi abah ketika hari-hari terakhirnya. Bukan aku tidak redha tapi rasa hati seorang anak yang kehilangan sukar untuk ku buang jauh dari dasar hati ini.
Kehilangan ini banyak mengubah jiwa dalamanku....Sekuat mana pun aku menghadapinya ada kala ada jua air yang akan mengalir di kelopak mata ini.
Aku rindu untuk menatap wajah tua abah...
Aku rindu pada segala-galanya tentang abah...

Friday, January 25, 2013
SEKADAR PERKONGSIAN
Teruknya kita andai hidup kita tak dapat memberi manfaat apa-apa pun kepada orang lain.
kerana...kemahuan berkait rapat dengan kesanggupan. Jangan disibukkan andai diri tak dihargai. Kemahuan yang disertakan dengan kesanggupan yang cukup kuat pasti membuahkan sesuatu yang manis.
Hadapi apa yang ditakuti andai ia memberi manfaat kepada kita. Suatu hari ketakutan tersebut pasti akan menjadi sesuatu yang biasa bukan lagi satu ketakutan. Hadapi ketakutan dengan BERANI.
Tak mungkin kita dapat hasil yang berbeza jika kita orang yang sama yang tidak berubah...

Tuesday, January 1, 2013
cinta dan kasih sayang
Andai orang bertanya siapakah yang paling di cintai dan disayangi dlm hidup ini....yang pasti Allah swt berada di tempat yang teratas. Kerana cintaNya adalah kekal abadi. MAK dan ABAH berada di tempat kedua...seterusnya anak-anak permata hatiku...adik-adikku dan suami berada di tempat terakhir dlm senarai cinta dan sayangku. MAK dan ABAH adalah insan yang paling aku sayangi dalam dunia ini selain anak-anak permata hatiku. Saat aku kehilangan abah, aku menahan air mata ini dari jatuh tp hanya Allah swt yang tahu betapa hati ini terlalu pilu menghadapi ujian itu. Tubir mata ku sentiasa digenangi air...subhanallah...aku bukan tidak redha dengan ujian ini tp hati terlalu walang menghadapinya. Aku sering kepiluan di dalam ruang solat di rumah kami. Hanya di situ sahaja tempat aku meluahkan rasa di hati. Aku lindungi lara ini kerana aku perlu lebih kuat dari adik-adik ku. Pernah suatu ketika aku menangis ketika memandu pulang dari tempat kerja kerana terasa abah menyapa di mindaku...dan saat itu anak kedua ku berada bersama. Subhanallah lemahnya aku rasa tika itu. Anak kecil ku menjadi saksi kepada kelemahan jiwa ku saat itu. Aku tak mampu membendung terlalu lama rupanya air ditubir mata ini. Al-fatihah menjadi pengubat rindu ku pada Abah. Hanya itu sahaja yang mampu ku berikan padanya tanda kasih sayang ku pada ABAH tika ini. Sebenarnya banyak ralat di hati ku. Masih banyak lagi pengorbanan abah yang tak mampu ku bayar dan aku lunaskan. Ralatnya hati ini....dalam setiap doa ku pohon moga ALLAH SWT memberiku peluang yang masih bersisa ini buat mak. MAK adalah segala-galanya buatku kini. Mampukah aku membahagiakan Mak nanti. Tegakah aku menghadapi mak yang kesepian tanpa teman. Andai aku mampu mengatur segalanya, pasti mak tak akan sendirian menghadapi saat-saat sukar tika ini. Walau pun aku tahu mak tabah menghadapinya. Terima kasih buat adik kedua bongsu ku kerana menemani mak tika ini. Cuma yang agak membimbangkan aku andai adik ku itu kembali menyambung pelajarannya kelak. Siapakah yang bakal menghilangkan sunyi mak...siapakah yang akan menghiasi hari mak dengan tawa dan senyum dan siapakah yang akan menceriakan hari-hari mak dengan cerita kosongnya....Ya ALLAH berilah aku jalan dan petunjuk dalam menghadapi ujian hidup ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)